BELANDA: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan membuka dua pertuduhan jenayah perang terhadap Rusia yang dikaitkan dengan pencerobohan terhadap Ukraine.
Perkara itu dilapor Agensi Anadolu yang memetik laporan New York Times.
Mahkamah yang berpangkalan di Hague itu akan mendapatkan waran tangkap beberapa entity Rusia yang dituduh menculik kanak-kanak Ukraine dan menyasarkan serangan ke atas infrastruktur awam.
Kes terbabit akan menjadi pertuduhan antarabangsa pertama sejak konflik di Ukraine bermula pada 24 Februari 2022.
ICC dilaporkan melancarkan siasatan terhadap jenayah perang di Ukraine pada Mac lalu, namun dinafikan Rusia.
Waran itu tidak mungkin membawa kepada perbicaraan kerana Moscow tidak tertakluk kepada Statut Rom, iaitu perjanjian mewujudkan ICC.