comscore
Tumpuan :
Dunia

Ibu kanak-kanak lelaki tembak guru didakwa kerana cuai

Deja Taylor, ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang menembak dan mencederakan gurunya. -FOTO: Facebook

TORONTO: Ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang menembak dan mencederakan gurunya, didakwa atas kesalahan pengabaian kanak-kanak, cuai dan salah laku.

Jemaah juri di Virginia, Amerika Syarikat mendapati Deja Taylor “secara melulu meninggalkan senjata api berisi peluru sehingga membahayakan kanak-kanak”, Agensi Anadolu.

Pertuduhan itu berkaitan serangan bersenjata pada 6 Januari, kata Pejabat Pendakwa Komanwel Virginia.

“Jika jemaah juri khas menentukan terdapat orang lain bertanggungjawab secara jenayah mengikut undang-undang, dakwaan tambahan boleh dikenakan,” kata pendakwa raya Howard Gwyn dalam kenyataan yang ditandatanganinya.

Guru berkenaan Abigail Zwerner, 25, memfailkan saman US$40 juta kerana mendakwa pentadbir Sekolah Rendah Richneck di Newport News mengabaikan pelbagai amaran daripada kakitangan dan pelajar yang percaya budak lelaki itu terdedah kepada keganasan dan menimbulkan ancaman.

Beliau juga mendakwa bahawa keluarga budak lelaki itu tidak bersetuju kanak-kanak itu ditempatkan di dalam bilik darjah khas untuk kanak-kanak istimewa.

Taylor akan menyerah diri lewat minggu ini, kata peguamnya.

Murid itu menembak tangan kiri dan dada gurunya menggunakan pistol yang disimpan dalam begnya.

Zwerner dimasukkan ke hospital dan kanak-kanak lelaki itu ditahan pada hari yang sama.

Pistol itu dibeli secara sah oleh ibu kanak-kanak itu, kata Ketua Polis Newport News Steve Drew pada 10 Jan. – BERNAMA

Loading...
Terkini