comscore
Tumpuan :
Dunia

Ibu bunuh tiga anak dihukum penjara 18 tahun

WELLINGTON: Mahkamah New Zealand menjatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun ke atas seorang wanita kerana membunuh tiga anak perempuannya pada 2021.

Lauren Dickason akan memulakan hukumannya di sebuah hospital kesihatan mental di negeri itu.

“Saya bertanggungjawab mengambil nyawa tiga gadis cantik kami dari dunia ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan rasa kesal yang paling mendalam dan kesakitan yang melampau kepada anak-anak serta keluarga dengan tindakan saya itu,” kata Lauren.

Hakim Cameron Mander tidak mengenakan tempoh minimum tanpa parol ketika menjatuhkan hukuman terhadap Dickason, yang terlepas hukuman penjara seumur hidup yang juga hukuman biasa bagi kes pembunuhan di New Zealand.

Dickason didapati bersalah pada Ogos lalu atas tiga tuduhan membunuh anak kembarnya, Maya dan Karla berusia dua tahun serta anak sulung, Liane berusia enam tahun.

Pembunuhan berlaku pada September 2021 di rumah tertuduh di Timaru ketika suaminya keluar untuk makan malam bersama rakan sekerja.

Suami tertuduh menemui mayat anaknya ketika pulang ke rumah.

Keluarga berkenaan berpindah ke New Zealand dari Afrika Selatan beberapa minggu sebelum kejadian itu berlaku.–Agensi

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini