comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Hun Sen letak jawatan, digantikan dengan anak sebagai PM

KEMBOJA: Selepas hampir empat dekad mentadbir Kemboja, Hun Sen akhirnya meletak jawatan sebagai perdana menteri dan memberi laluan kepada anaknya Hun Manet.Manet yang berkelulusan dari West Point di Amerika Syarikat, bakal membentuk kerajaan baharu selepas parti pemerintah memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada hujung minggu lalu.

Artikel berkaitan: PM Kemboja Hun Sen bakal bersara, serah kuasa kepada anak

Pemimpin berusia 70 tahun itu sebelum ini memaklumkan langkah itu diambil bagi memastikan kestabilan negara.

FOTO: Reuters

Selain beliau, menteri tertinggi lain dalam kabinetnya turut mengambil langkah serupa bagi memberi laluan kepada generasi muda.

Anaknya dilapor bakal memulakan tugas pada 22 Ogos depan.

Hun Sen dalam pada itu juga percaya sekiranya dia terus menerajui tampuk pemerintahan dan hanya meletak jawatan dalam tempoh setahun mahupun dua tahun dari sekarang, senario politik Kemboja tidak akan stabil.

Dia turut berpendapat, kerajaan baharu perlu diisi dengan menteri muda.

Loading...
Terkini