WILAYAH BALOCHISTAN: Menteri Perubahan Iklim Pakistan, Sherry Rehman berkata, hujan monsun dan banjir telah mengorbankan 903 orang di negara itu sejak Jun lalu.
Jumlah kematian itu termasuk 326 kanak-kanak dan 191 wanita, manakala jumlah mereka yang cedera ialah 1,293 orang.
Wilayah selatan Sindh telah melaporkan angka kematian tertinggi iaitu 293, diikuti 230 kematian di Balochistan, 169 di Khyber Pakhtunkhwa (KPK) dan 164 di Punjab.
Lapor media tempatan, berjuta-juta penduduk memerlukan bantuan, tempat perlindungan dan bahan bantuan lain.
Banjir juga telah menyebabkan kerosakan meluas kepada jalan raya dan infrastruktur lain serta memusnahkan puluhan ribu buah rumah.