Tumpuan :
Dunia

Hujan lebat akibatkan banjir di bandar selatan Brazil

Foto fail Reuters

SANTA CATARINA: Pasukan penyelamat menyelamatkan keluarga daripada banjir di bandar Florianopolis di selatan Brazil, selepas hujan lebat melanda beberapa bandar di negeri Santa Catarina pada Khamis (16 Januari).

Media tempatan melaporkan beberapa jalan dinaiki air, dengan orang ramai berjalan di dalam air banjir yang mencecah paras dada di beberapa kawasan.

Pihak berkuasa turut menasihati penduduk tempatan agar lebih berwaspada terhadap risiko berlakunya tanah runtuh.

Datuk Bandar Florianopolis, Topazio Neto mengumumkan di media sosial bahawa jalan yang ditenggelami banjir telah ditutup dan menggesa penduduk untuk terus berada di rumah masing-masing bagi membolehkan kru pembaikan dan kenderaan kecemasan masuk ke bahagian utara pulau itu serta kawasan lain. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini