Tumpuan :
Dunia

Houthi serang kapal Maersk di Laut Arab

Foto: Reuters

SANAA: Pejuang Houthi Yemen mendakwa menyerang kapal Maersk Sentosa di Laut Arab dengan beberapa peluru berpandu pada Selasa.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Sarea mendakwa, kapal milik Amerika Syarikat, Maersk Sentosa menjadi sasaran di Laut Arab oleh pasukan laut dan pasukan peluru berpandu dalam operasi ketenteraan.

Perkara itu turut dinyatakan syarikat kapal berkenaan dalam laporannya, Maersk Sentosa diserang objek terbang di utara Teluk Aden pada awal Selasa.

Pada masa sama, Maersk memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan terhadap anak kapal atau kerosakan kepada kapal atau kargo.

Jurucakap syarikat berpusat di Copenhagen itu berkata, pengangkutan berkenaan adalah salah sebuah kapal yang mengibarkan bendera Amerika Syarikat ketika berlayar untuk anak syarikat Maersk Line, Limited.

Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) memaklumkan, kapten kapal dagang yang tidak dinamakan melaporkan letupan berlaku berhampiran kapal kira-kira 180 batu nautika (333 km) di timur Nishtun Yemen, namun, kesemua anak kapalnya selamat.

Sarea juga menyatakan kumpulan itu mensasarkan kapal Marathopolis di Laut Arab dan kapal MSC Patnaree di Teluk Aden menggunakan dron.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini