INDIA: Cuaca panas melampau di beberapa wilayah di India masih belum reda.Hospital-hospital di bahagian utara, Uttar Pradesh kini sesak dengan pesakit yang jatuh sakit akibat suhu panas melampau.
Angka pesakit yang maut juga meningkat.
Di hospital daerah Ballia, pesakit yang diserang strok haba dilihat memenuhi wad.
Suhu melonjak hampir 45 darjah celcius beberapa hari ini, diburukkan lagi dengan gangguan bekalan elektrik.
Sementara itu pengendali krematorium turut memaklumkan, bilangan mayat yang tiba untuk diuruskan juga meningkat dua kali ganda beberapa minggu kebelakangan ini.
Jabatan meteorologi India mengeluarkan amaran cuaca panas tahap merah minggu lalu di beberapa wilayah termasuk Uttar Pradesh dan Bihar.
India merekodkan purata lima hingga enam gelombang haba setiap tahun di utaranya antara Mac dan Jun, dan kadangkala hingga Julai