GAZA: Pejuang Hamas mengutuk serangan tentera rejim Israel ke atas Hospital al-Shifa di Gaza City awal pagi tadi.
Al-Shifa dibedil dari kereta kebal dan dron sebelum tentera rejim melepaskan tembakan ke dalam bangunan hospital.
Turut jadi sasaran, bangunan khas bagi operasi pembedahan yang dibedil dengan peluru berpandu.
Ini adalah kali keempat hospital terbabit diserang sejak 7 Oktober lalu.
Pada masa sama 80 individu turut ditahan selain berlaku insiden berbalas tembakan dengan pejuang Hamas di perkarangan hospital.
Kebakaran juga tercetus di kawasan pintu masuk al Shifa menyebabkan ada yang mengalami sesak nafas termasuk wanita dan kanak-kanak.
Tindakan Israel itu sekali gus mengancam nyawa ribuan penduduk yang berlindung di Hospital al-Shifa selain menyebabkan mereka terperangkap – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.