comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Hospital Al-Quds henti operasi

 

GAZA: Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Palestin memberitahu, hospital kedua terbesar Gaza, Hospital Al-Quds sudah menghentikan operasinya setelah tidak lagi mampu beroperasi.

Hospital ini kekurangan bahan api tatkala rejim Zionis terus mengebom tanpa henti.

FOTO: Reuters

Situasi kritikal ini sekali gus mendedahkan kakitangan perubatan, pesakit dan orang awam yang menumpang berteduh di sini, dalam bahaya.

Ketakutan rakyat Palestin yang mahu mendapatkan rawatan di sini juga semakin memuncak ekoran nyawa mereka dalam bahaya.

Kakitangan perubatan dalam pada itu, turut berusaha sedaya-upaya menjaga dan merawat pesakit dengan cara konvensional, ekoran kekurangan bekalan ubat-ubatan, makanan dan air bersih.

FOTO: Reuters

PBSM Palestin dalam pada itu turut menganggap Konvesyen Geneva Keempat bertanggungjawab di atas krisis kemanusiaan yang sedang berlarutan di Gaza.

Hospital Al-Quds dilaporkan telah terputus hubungan dengan dunia luar, dengan tiada jalan masuk mahupun keluar.

Terdahulu, Hospital Al Shifa merupakan hospital terbesar di Gaza juga sudah tidak lagi mampu berfungsi dan ditutup kepada pesakit baharu.

Ini bermakna, pesakit dan bayi pramatang yang sedang menerima rawatan berdepan risiko kematian pada bila-bila masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini