comscore
Tumpuan :
Dunia

Hizbullah sahkan kematian 2 pemimpinnya dalam serangan udara Israel

BEIRUT: Nabil Kauk, Ahli Majlis Pusat Hizbullah dan Ali Karaki, Komander Barisan Selatan pergerakan itu, terbunuh dalam serangan udara Israel di kawasan pinggir bandar selatan Beirut, menurut pergerakan itu pada Ahad, lapor Sputnik.

“Komander Kanan Ali Karaki terbunuh dalam serangan udara Zionis di kawasan kejiranan Haret Hreik di pinggir bandar selatan Beirut (pada 27 Sept),” kata Hizbullah dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu juga menyatakan Kauk terbunuh di kawasan kejiranan Chiyah yang terletak di pinggir bandar selatan ibu negara Lubnan itu pada 28 Sept.
— BERNAMA-SPUTNIK

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini