MAGHRIBI: Situasi cukup menyayat hati buat seorang remaja dan bapanya apabila mereka kehilangan sepuluh ahli keluarga sekaligus dalam kejadian gempa bumi dahsyat Maghribi.
Imane Ait Said, 19 tahun, memaklumkan dia sedang melanjutkan pengajian di Fes, sewaktu bencana alam itu membadai kampung halamannya, Talat N’Yaaqoub.
Tambah Imane, kejadian itu turut meragut nyawa adik lelakinya yang berusia 12 tahun.
Adiknya yang sangat disayangi di kampung halaman, juga merupakan seorang yang bijak di sekolah selain turut dilaporkan baru sahaja membeli beberapa buku sebagai persiapan sekolah.
Setakat ini masih banyak jalan raya tidak dapat dilalui ekoran kejadian tanah runtuh yang berlaku selain beberapa kawasan terpencil juga turut terputus hubungan sama sekali.
Visual dron menunjukkan kemusnahan teruk di perkampungan Arghen, Ifourir dan Amerzagane.
Gempa 6.8 magnitud yang menggegar Pergunungan High Atlas pada 8 September itu meragut sekurang-kurangnya 2,901 nyawa dan mencederakan 5,530 orang.
Baca juga: 2,862 terkorban akibat gempa Maghribi