comscore
Tumpuan :
Dunia

Hizbullah kini dipimpin oleh tokoh lama politik dan ketenteraan – Penyiar Rasmi Israel

FOTO SUMBER: gfatf

Hizbullah terus menunjukkan kemampuannya untuk melancarkan peluru berpandu ke arah Israel dan menangkis pencerobohan darat Israel di Lubnan, walaupun banyak pemimpin politik dan ketenteraan tertinggi mereka telah dibunuh.

Penyiar Rasmi Israel, melaporkan bahawa tentera Israel percaya Haitham Ali Tabatabaei, bekas komander elit Pasukan Radwan, kini telah mengambil alih operasi komando ketenteraan untuk kumpulan itu.

Mohammad Haidar, seorang ahli Majlis Jihad pula mengawasi gerakan dan hala tuju ketenteraan.

Naeem Qassem, yang mengeluarkan dua mesej video yang penuh semangat selepas pembunuhan pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah, dipercayai telah mengambil alih kepimpinan politik selepas Israel mengumumkan kejayaannya dalam membunuh Hashem Safieddine. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini