comscore
Tumpuan :
Dunia

Hepatitis A merebak di pusat perlindungan penuh sesak di Gaza

Foto: Reuters

GAZA: Semenanjung Gaza kini sedang bergelut dengan penularan wabak Hepatitis A akibat kesesakan di pusat perlindungan di wilayah itu, Agensi Anadolu (AA) memetik Kementerian Kesihatan Palestin.

Kementerian itu mengeluarkan amaran berhubung potensi penggantungan ujian darah lengkap (CBC) pada bila-bila masa, merujuk kepada kekurangan bahan yang diperlukan untuk tujuan itu.

Bagaimanapun, butiran khusus mengenai kekurangan itu tidak disediakan.

Foto: Reuters

Keadaan mencabar yang dihadapi oleh penduduk Gaza yang diusir itu diburukkan lagi dengan kekurangan tandas dan kemudahan sanitasi, menyumbang kepada pengumpulan sisa buangan berhampiran khemah yang baru didirikan.

Tidak cukup dengan itu, penduduk di pusat perlindungan turut mengalami masalah kekurangan air dengan kebanyakan individu bergelut untuk melindungi diri mereka daripada akibat pencemaran dan kebersihan yang tidak mencukupi.

Hepatitis A, virus yang disebarkan melalui makanan dan air yang tercemar atau sentuhan langsung dengan individu yang dijangkiti, menimbulkan ancaman kesihatan yang ketara dalam keadaan yang mencabar ini.

Foto: Reuters

Sejak serangan 7 Okt lepas, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa 85 peratus penduduk Gaza kini kehilangan tempat tinggal, berdepan kekurangan sumber penting seperti makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 24,448 penduduk Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala 61,504 individu lagi cedera. – BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini