comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Hentikan eksport senjata ke Israel – Putera Mohammed Salman

 

RIYADH: Arab Saudi menggesa semua negara yang mengeksport bekalan persenjataan ke Israel untuk berhenti berbuat demikian bagi memberi tekanan kepada rejim Zionis.

Gesaan berkenaan disuarakan oleh Putera Mahkota Arab Saudi yang juga merangkap Perdana Menteri, Putera Mohammed bin Salman sambil mengulangi pendirian tegas Riyadh bahawa kestabilan rantau Asia Barat hanya boleh dicapai dengan penubuhan negara Palestin yang merdeka.

Putera Mohammed bin Salman, Putera Mahkota Arab Saudi – Foto: Reuters

“Kami gesa semua negara hentikan eksport bekalan senjata ke Israel dan semua ahli di dalam apa jua pertubuhan, sama ada Pertubuhan Kerjasama Islam, OIC mahupun Liga Arab untuk mulakan tindakan anda menentang keganasan di Gaza,” kata Putera Mahkota selepas menyertai sidang tergempar BRICS secara dalam talian.

Jelas Putera Mohammed, penubuhan negara Palestin berkenaan haruslah mengikut apa yang dipersetujui menerusi persempadanan yang diiktiraf pada tahun 1967.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan kira-kira 14,128 warga Palestin terkorban di Gaza akibat serangan rejim Tel Aviv sejak 7 Oktober lalu.

SUMBER REUTERS

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini