ANKARA: Perkembangan siasatan nahas helikopter yang meragut nyawa beberapa pemimpin kanan Iran menyaksikan siasatan pihak berkuasa Turkiye mendapati helikopter yang digunakan untuk membawa Presiden Ebrahim Raisi ketika kejadian tidak memaparkan sebarang isyarat.
Menurut Menteri Pengangkutan Turkiye, Abdulkadir Uraloglu, pasukan penyelamat negara itu cuba menjejaki sebarang isyarat yang dikeluarkan helikopter terbabit di dalam radius pencariannya yang meliputi bahagian pentadbiran udaranya namun gagal.
Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan helikopter berkenaan tidak dilengkapi sebarang sistem isyarat.
Sementara itu, Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia, Sergei Shoigu mengesahkan Moscow sedia membantu Tehran dalam siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas. – REUTERS
| ARTIKEL BERKAITAN
- Malaysia berdukacita di atas tragedi menimpa Presiden Iran dan delegasi kepemimpinan Iran – PM
- Kerajaan Iran adakan mesyuarat tergempar susulan kematian Presiden Ebrahim Raisi
- Helikopter membawa Presiden Iran terhempas
- SAR helikopter dinaiki Presiden Iran masih berjalan
- Lokasi helikopter Raisi terhempas ditemui, keadaan ‘tidak baik’
- Helikopter ditemui terhempas, Presiden Iran dikhuatiri maut
- Presiden Iran, menteri luar terkorban dalam insiden helikopter terhempas
- Jenazah Presiden Iran dan mangsa lain dibawa ke Tabriz
- Pilihan Raya Presiden Iran ditetapkan 28 Jun