Tumpuan :
Dunia

‘Hari paling gelap dalam hubungan UAE-Israel’

Lalzawmi “Zomi” Frankcom, pekerja bantuan kemanusiaan WCK dari Australia, antara yang terbunuh dalam serangan udara Israel baru-baru ini. – Foto REUTERS

ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) menghentikan semua hubungan diplomatik dengan Israel sebagai protes terhadap pembunuhan tujuh pekerja bantuan kemanusiaan World Central Kitchen (WCK) di Gaza baru-baru ini.

Menurut laporan yang memetik sumber itu, Kementerian Luar UAE sudah ‘menyatakan kemarahan’ mereka berhubung tragedi itu kepada Duta Israel ke negara itu, Amir Hayek, sekali gus mewujudkan krisis diplomasi antara kedua-dua negara.

Difahamkan, pegawai kedua-dua belah pihak masih cuba menangani hubungan diplomatik antara UAE dan Israel, malah, terdapat usaha yang diselaraskan untuk membincangkan isu itu.

Menteri Luar Isreal, Isreal Katz, dilaporkan bercakap dengan Menteri Luar UAE, Abdullah bin Zayed, selain itu, Ketua Pengarah Kementerian Luar Israel, Yaakov Blistshtein, bertemu dengan Duta UAE ke Israel, Mohammed Mahmoud Al-Khaja.

Al-Khaja dipetik berkata, apa yang berlaku sekarang adalah ‘hari paling gelap dalam hubungan UAE-Israel’.

Kedua-dua negara terbabit dalam perdagangan positif dan hubungan tidak rasmi sejak 2010, selepas itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalin hubungan melalui perjanjian yang diselaraskan Amerika Syarikat (AS) pada 2020. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini