comscore
Tumpuan :
Dunia

Hanya 20 lori bantuan dibenar masuk ke Gaza, pintu sempadan Rafah masih sesak

FOTO: Reuters

RAFAH: Setelah dua minggu berdepan ujian dan penderitaan fizikal, mental dan emosi dipalit kekejaman rejim Tel Aviv,

Akhirnya detik yang ditunggu penduduk Gaza apabila 20 buah lori yang membawa bantuan kemanusiaan daripada pelbagai negara dibenarkan masuk ke Semenanjung Gaza menerusi pintu sempadan Rafah.

Dalam satu kenyataan oleh Hamas, konvoi bantuan kemanusiaan terbabit dibenarkan masuk ke Gaza mulai jam 10 pagi waktu tempatan.

Antara bantuan yang dibawa masuk hari ini termasuklah bekalan ubat dan alatan perubatan beserta bekalan makanan dalam tin.

Ketika ini, pintu sempadan Rafah masih sesak dengan lebih daripada 200 buah lori yang membawa 3,000 tan bantuan kemanusiaan menunggu giliran untuk membawa masuk bantuan ke Gaza.

Jelas Hamas, meskipun bantuan kemanusiaan mula dibenarkan masuk ke Gaza, perkara berkenaan nyata belum mampu mengubah hakikat tahap bantuan perubatan di Gaza masih di fasa kritikal, sekali gus memberi isyarat bahawa perlunya tambahan jumlah konvoi kemanusiaan daripada 20 buah lori sedia ada bagi meliputi bantuan menyeluruh terhadap 2.4 juta penduduk Gaza.

SUMBER AL-JAZEERA, REUTERS

Loading...
Terkini