BEIRUT: 100 daripada 207 pusat kesihatan asas di kawasan konflik di Lubnan ditutup ketika jumlah mangsa yang cedera terus meningkat.
Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Menurutnya penutupan itu ekoran kesan peningkatan keganasan yang semakin berleluasa.
Lima hospital ditutup akibat kerosakan struktur susulan serangan.
Tambahnya, sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dalam serangan terhadap kemudahan perubatan.
Tegas Tedros, angka mangsa cedera kian meningkat, namun sistem kesihatan pula bergelut untuk menampung pesakit berikutan kekurangan sumber dan kapasiti.
Justeru, WHO menyeru perlindungan segera ke atas pesakit dan pekerja kesihatan selain menekankan seruan kepada keamanan.
Sejak 1 Oktober, Israel melancarkan operasi darat terhadap Hizbullah di selatan Lubnan.
Sehingga kini, angka korban akibat serangan Israel melebihi 2,000 orang.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.