Tumpuan :
Dunia

Hampir 900 hektar tanah musnah dalam kebakaran hutan di Malibu

FOTO: Reuters

AMERIKA SYARIKAT: Hampir 900 hektar tanah musnah dalam kebakaran hutan di Malibu.

Menurut Ketua Jabatan Bomba Los Angeles County, Anthony C. Marrone, keadaan memaksa penduduk berpindah serta usaha pemadaman berskala besar.

Kebakaran pertama kali dilaporkan pada lewat malam Isnin (9 Disember) sebagai kebakaran semak seluas 2 hektar.

Menjelang pagi, kebakaran itu telah merebak dengan pantas sehingga hampir 900 hektar.

FOTO: Reuters

Walaupun Ketua Bomba Marrone mengesahkan bahawa hanya sejumlah kecil rumah yang musnah, namun beliau tidak menyatakan jumlah sebenar.

Evakuasi bermula sejurus selepas tengah malam, membabit kawasan yang merentangi dari Trancas Canyon di barat hingga Topanga Canyon Boulevard di sebelah timur.

Kawasam lain, dari selatan Lebuhraya Mulholland hingga Lebuhraya Pacific Coast.

FOTO: Reuters

Kawasan ini menempatkan kira-kira 18,000 penduduk, menurut Kevin McGowan, Pengarah Pejabat Pengurusan Kecemasan Los Angeles County.

Punca kebakaran masih belum diketahui, namun ia sedang disiasat oleh pihak berkuasa. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini