JEPUN: Angka korban akibat gempa bumi kuat 7.6 magnitud di Jepun meningkat kepada 78 orang dengan 330 lagi cedera.
Hampir 600 gempa susulan dicatatkan sejak 1 Januari lalu.
Semua korban dicatatkan berhampiran pusat gempa di Ishikawa.
Sekurang-kurangnya 50 individu dilaporkan hilang dan 33,000 penduduk telah dipindahkan ke lokasi lebih selamat.
Lapor media temparan, terdapat kira-kira 100,000 kediaman terputus bekalan air bersih.
Pada masa sama, usaha mencari mangsa yang terperangkap masih giat dijalankan pasukan penyelamat.
Operasi turut berdepan kesukaran susulan cuaca sejuk dan jalan raya yang terputus hubungan termasuk di lebih 12 komuniti penduduk.
Jumlah sebenar kerosakan dan kematian masih belum dapat dinilai sepenuhnya setakat ini. – AL JAZEERA