Tumpuan :
Dunia

Hampir 50 maut dalam serangan Israel di Gaza

FOTO: Reuters

Hampir 50 terbunuh dalam serangan tidak berhati perut pengganas rejim Israel di Gaza.

Israel sekali lagi membedil kawasan diisytihar zon selamat al-Mawasi mengakibatkan sekurang-kurangya 21 orang terbunuh.

Serangan ke atas penempatan khemah penduduk dihuni 14 keluarga itu turut mengakibatkan hampir 30 yang lain cedera.

Alasan diberikan yang kononnya zon kemanusiaan itu menjadi lokasi operasi Hamas.

Menurut penduduk, Israel meneruskan kemaraan kereta kebalnya sehari selepas mengeluarkan amaran berpindah.

FOTO: Reuters

Serangan lain di Gaza City pula mengorbankan 10 nyawa dengan sejumlah lagi cedera.

Bedilan di tiga lokasi wilayah tengah Gaza meragut 11 nyawa termasuk enam kanak-kanak dan seorang anggota paramedik.

9 lagi kematian dicatatkan dalam bedilan kereta kebal di Rafah.

Ketegangan di Tebing Barat pula menyaksikan tujuh penduduk Palestin ditahan pengganas rejim.

Lokasi serbuan termasuk Beit Furik dan Nablus. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini