comscore
Tumpuan :
Dunia

Hampir 28,000 maut masuk hari ke-123 perang Israel-Palestin

GAZA: Enam sekeluarga termasuk kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara ke atas penempatan penduduk di selatan Khan Younis.

Sekurang-kurangnya empat pangsapuri ranap di barat wilayah itu.

Wilayah sama turut menyaksikan pertempuran sengit antara Pejuang Palestin dengan tentera Zionis.

Serangan di daerah lain masih diteruskan termasuk di barat Gaza City.

Dalam pada itu, Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dalam kenyataannya berkata, tiada apa lagi yang tertinggal di Gaza masuk hari ke-123 sejak perang bermula.

Lebih 360,000 bangunan dan kediaman musnah termasuk 390 fasiliti pendidikan dan lebih 220 masjid.

Pertempuran sejuak 7 Oktober lalu juga telah mengakibatkan hampir 28,000 penduduk Palestin terbunuh dan hampir 67,000 lagi cedera – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini