comscore
Tumpuan :
Dunia

Hampir 200 jemaah haji meninggal dunia

FOTO: Reuters

MAKKAH: Seramai 144 jemaah haji Indonesia dilaporkan meninggal dunia diikuti Tunisia 35 jemaah, Iran 11 jemaah, Jordan 6 jemaah dan Senegal 3 jemaah sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 199 jemaah maut setakat ini.

Kebanyakan jemaah haji Tunisia yang meninggal dunia akibat cuaca panas melampau memasuki Makkah menggunakan visa pelancong.

Kementerian Luar Negeri, Migrasi, Luar Negara Tunisia berkata, ramai yang maut akibat kepanasan ekstrem memasuki Tanah Suci menggunakan visa lawatan atau umrah.

TV kerajaan Arab Saudi melaporkan, suhu meningkat pada hari Isnin setinggi 51.8 darjah Celsius di Masjidil Haram di Makkah.

FOTO: Reuters

Jemaah yang tidak mempunyai visa haji terdedah kepada bahaya panas terik dan risiko strok haba kerana mereka tidak mempunyai tempat penginapan khas ketika berada di Arafah dan Mina serta terpaksa berjalan jauh.

Sementara itu sebanyak 41 permit pengebumian dikeluarkan bagi jemaah haji Jordan yang meninggal dunia akibat panas melampau semasa menunaikan ibadah haji untuk dikebumikan di Arab Saudi,

Menurut Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Sufian Qudah, 84 daripada keseluruhan 106 jemaah haji Jordan yang dilaporkan hilang di Arab Saudi telah dijumpai.

FOTO: Reuters

Pihak berkuasa Arab Saudi juga memberikan rawatan perubatan yang diperlukan kepada 84 jemaah terbabit dengan beberapa daripadanya masih berada dalam keadaan kritikal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini