GAZA: Kumpulan pejuang Hamas pada Rabu memaklumkan tidak akan melupakan jasa dan sikap terhormat Malaysia bersama negara-negara lain yang menyokong Palestin ketika diasak konflik bersenjata dan perang genosid.
Aggota Biro Politik Hamas, Khalil al-Hayya dalam satu sidang media turut mengutuk dan menyifatkan tindakan Genosid oleh rejim Zionis sebagai kelakuan paling kejam dalam sejarah dunia moden.
“Apa yang dilakukan oleh penjajahan (Israel) dan para penyokongnya, daripada perang genosid kejam hingga jenayah menyerupai Nazi, akan terus terukir dalam ingatan rakyat kami dan dunia sebagai salah satu genosid paling kejam dalam era moden.
“Dalam detik bersejarah ini, kami sampaikan kata-kata kebanggaan dan penghormatan kepada rakyat kami di Gaza.
“Pendirian terhormat semua negara yang menyokong kami dalam pelbagai bidang, terutama saudara-saudara kami di Türkiye, Afrika Selatan, Algeria, Rusia, China, Malaysia, dan Indonesia,” katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan melupakan sesiapa yang terlibat dalam perang genosid yang dilancarkan ke atas mereka.
Khalil turut menyampaikan penghormatan kepada rakyat Palestin di Gaza yang terus bertahan dalam menghadapi krisis kemanusiaan dan konflik bersenjata yang berlarutan.
“Dalam detik bersejarah ini, kami sampaikan kata-kata kebanggaan dan penghormatan kepada rakyat kami di Gaza,” tambahnya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.