comscore
Tumpuan :
Dunia

Hamas terima cadangan gencatan senjata Qatar-Mesir, Israel enggan

FOTO: Reuters

GAZA: Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas bersetuju menerima cadangan gencatan senjata di Gaza seperti dikemuka oleh perantara Qatar dan Mesir.

Namun Israel pula mendakwa cadangan berkenaan tidak memenuhi tuntutannya.

Media rasmi Hamas dalam kenyataan dikeluarkan berkata, Pemimin Kanannya, Ismail Haniyeh telah berhubung dengan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani dan Menteri Perisikan Mesir, Abbas Kamel bagi memaklumkan persetujuan terhadap cadangan perjanjian gencatan senjata berkenaan.

Bagaimanapun di sebalik persetujuan Hamas itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula berkata, perjanjian dicadangkan tidak memenuhi tuntutannya.

Susulan itu, Israel akan menghantar delegasi untuk bertemu perantara bagi perincian lanjut berkenaan syarat yang boleh diterima rejim itu.

Dalam perkembangan sama, White House mengesahkan ‘maklum balas persetujuan Hamas’.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden juga telah diberi taklimat mengenainya, namun enggan mengulas lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini