comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Hamas sedia runding pembebasan tawanan, gencatan senjata 5 hari

GAZA: Sayap kumpulan pejuang Palestin, Hamas mengesahkan pihaknya bersedia untuk rundingan pembebasan sehingga 70 tawanan di Gaza.

Menurut jurucakap sayap Hamas, Briged al-Qassam, Abu Ubaida, keputusan terbabit sudah dimaklumkan kepada pengantara rundingan, Qatar semalam.

Sebagai balasannya, kumpulan pejuang berkenaan sedia untuk melaksanakan gencatan senjata lima hari dengan Israel.

Abu Ubaida turut menambah, Qatar turut berusaha berunding dengan Hamas mengenai pembebasan tawanan wanita dan kanak-kanak sebagai balasan untuk pertukaran untuk membebaskan 200 kanak-kanak Palestin dan 75 wanita yang ditahan rejim Tel Aviv.

Jelasnya, gencatan senjata yang bakal dimeterai nanti haruslah lengkap selain bantuan kemanusiaan dibenarkan bergerak ke seluruh Gaza. – REUTERS

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini