comscore
Tumpuan :
Dunia

Hamas sedia laksana gencatan senjata tanpa sebarang syarat baharu

KAHERAH: Hamas sedia laksana gencatan senjata segera dengan Israel di Gaza tanpa sebarang syarat baharu.

Dalam satu kenyataan, kumpulan pejuang itu memaklumkan pasukan perundingannya bersedia menerima cadangan yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat sebelum ini.

Ketika ini, pasukan perunding Hamas mengadakan pertemuan dengan wakil negara perantara iaitu Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al Thani dan Ketua Perisikan Mesir, Abbas Kamel di Doha, Qatar untuk membincangkan perkembangan terkini di Gaza.

Tekanan untuk perjanjian semakin meningkat selepas rejim Tel Aviv dilihat berdolak-dalik memainkan isu berkaitan kawalan Koridor Philadelphi, kawasan di sempadan Gaza dengan Mesir.

Dalam pada itu, ketua perunding Amerika Syarikat memaklumkan cadangan gencatan senjata lebih terperinci akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Serangan Israel di Gaza setakat ini menurut Kementerian Kesihatan Gaza membunuh sekurang-kurangnya 41,084 rakyat Palestin dan mencederakan 95,029 yang lain.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini