Tumpuan :
Dunia

Hamas bebas Yarden Bibas dan Ofer Kalderon, pemindahan Keith Siegel di utara Gaza

FOTO: Reuters

GAZA: Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas, menyerahkan tebusan Israel, Yarden Bibas dan Ofer Kalderon, pada Sabtu (1 Februari), dengan warga Israel-Amerika Syarikat Keith Siegel dijangka akan bebaskan kemudian di utara Gaza dalam fasa terbaharu gencatan senjata yang bertujuan untuk mengakhiri perang 15 bulan di Gaza.

Tentera Israel mengesahkan bahawa mereka telah menerima Kalderon, seorang dwi warganegara Perancis-Israel dan Bibas selepas kedua-duanya diserahkan kepada seorang pegawai Palang Merah di bandar Khan Younis di selatan Gaza.

Bibas adalah bapa kepada dua tebusan termuda, bayi Kfir, yang hanya berusia 9 bulan ketika diculik oleh pengganas yang diketuai Hamas pada 7 Oktober 2023, dan Ariel, yang berusia 4 tahun pada masa serangan rentas sempadan itu.

FOTO: Reuters

Hamas menyatakan pada November 2023 bahawa kedua-dua kanak-kanak lelaki itu dan ibu mereka, Shiri yang diambil pada masa yang sama telah terbunuh dalam serangan udara Israel. Tiada berita mengenai mereka sejak itu.

Hamas berkata Israel dijangka akan memindahkan 182 banduan dan tahanan Palestin.

Gencatan senjata awal selama enam minggu yang dipersetujui dengan pengantara Mesir dan Qatar serta disokong oleh Amerika Syarikat, setakat ini berjalan lancar walaupun terdapat beberapa insiden yang menyebabkan kedua-dua pihak saling menuduh melanggar perjanjian.

Serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 mengakibatkan kira-kira 1,200 orang terbunuh dan lebih 250 orang dijadikan tebusan, menurut angka Israel.

Kempen serangan balas Israel telah memusnahkan sebahagian besar Gaza yang padat dengan penduduk dan mengakibatkan lebih 47,000 rakyat Palestin terbunuh, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini