comscore
Tumpuan :
Dunia

Hamas akan bangkit seperti burung Phoenix – Khaled Meshaal

FOTO: Reuters

GAZA: Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal berikrar, kumpulan pejuang Palestin akan bangkit umpama “burung Phoenix” daripada debu, meskipun sekian lama berdepan saat getir selepas setahun berjuang menentang rejim Israel.

Beliau juga menegaskan akan terus merekrut pejuang dan mengeluarkan senjata bagi menentang kezaliman Israel demi rakyatnya.

Meshaal merangka konflik dengan Israel sebagai sebahagian daripada naratif yang lebih luas menjangkau 76 tahun sejak “nakba” apabila ramai yang kehilangan tempat tinggal semasa perang 1948 yang mengiringi penciptaan Israel.

Menurut Meshaal, sejarah Palestin dibuat daripada kitaran di mana Hamas kehilangan sebahagian daripada keupayaan ketenteraan namun semangat Palestin bangkit semula seperti burung Pheonix.

Meshaal terselamat daripada cubaan pembunuhan Israel pada 1997 selepas dia disuntik racun dan merupakan ketua keseluruhan Hamas dari tahun 1996 hingga 2017.

Ujarnya, kumpulan pejuang itu masih mampu melancarkan serangan hendap terhadap rejim dengan yang terbaharu melancarkan empat peluru berpandu ke arah Israel di Gaza pada pagi Isnin.

Meshaal kekal berpengaruh dalam Hamas atas peranan penting kepimpinannya selama hampir tiga dekad dan kini dilihat secara meluas sebagai wajah diplomatik.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini