JAWA TIMUR: Gunung Semeru yang berketinggian 3,676 meter dari paras laut meletus beberapa kali dengan debu dan asap tebal sehingga 1,000 meter ke udara pada hari Selasa.
Letusan pertama berlaku pada pukul 6.21 pagi waktu Indonesia Barat (WIB) dengan ketinggian abu mencapai sekitar 1,000 meter di atas puncak, bersamaan dengan 4,676 meter dari paras laut.
Letusan kedua berlaku pada pukul 7.11 pagi WIB dengan ketinggian abu mencapai sekitar 800 meter di atas puncak.
Pada jam pukul 7.35 pagi WIB, gunung tertinggi di Pulau Jawa ini kembali meletus dengan ketinggian abu sekitar 800 meter di atas puncak.
Pada jam 8.48 pagi WIB, letusan lain berlaku dengan ketinggian abu sekitar 800 meter di atas puncak.
Gunung Semeru kembali meletus pada pukul 10.28 pagi WIB. Walaupun visual letusan tidak dapat diperhatikan, namun ia direkodkan di seismograf dengan amplitudo maksimum 22 mm dengan durasi 123 saat
Setakat ini Gunung Semeru masih berada dalam status Waspada. Oleh itu, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) mengeluarkan beberapa saranan.
Ia termasuk larangan melakukan sebarang aktiviti dalam radius 3 kilometer dari kawah atau puncak gunung. – ANTARANEWS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.