INDONESIA: Gunung Berapi Semeru di Jawa Timur meletus dengan diiringi debu dan asap tebal setinggi 700 meter ke udara.
Letusan masih berlaku ketika laporan dibuat oleh media AntaraNews.
Menurut portal itu, beberapa letusan dikesan pada Rabu lalu dengan yang pertamanya pada jam 12.24 tengah malam.
Letusan kedua dikesan kira-kira jam 5.54 pagi untuk tempoh lebih seminit dan yang berikutnya pada jam 6.01 pagi.
Lagi satu letusan direkodkan pada jam 6.12 pagi dengan kepulan asap dan debu tebal setinggi 600 ke udara – ANTARANEWS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.