INDONESIA: Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus dengan mengeluarkan debu dan asap tebal setinggi 1,000 meter.
Letusan dikesan pada jam 9.43 pagi tadi dengan durasi kira-kira 100 saat.
Status Marapi setakat ini masih dikekalkan pada tahap II.
Penduduk di kawasan sekitar diminta untuk tidak melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan 3 kilometer radius.
Kali terakhir Marapi meletus adalah pada 3 Disember lalu dan meragut 23 nyawa – KOMPAS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.