Tumpuan :
Dunia

Gunung Berapi Semeru meletus 2 kali

FOTO: PVMBG INDONESIA

INDONESIA: Gunung Berapi Semeru di Jawa Timur kembali meletus sebanyak dua kali awal pagi tadi.

Letusan pertama dikesan pada jam 5.38 pagi dengan debu dan asap tebal setinggi 500 meter.

Ia diiringi letusan kedua kira-kira sejam kemudian dengan anggaran asap tebal setinggi 700 meter.

Petugas Pos Pemantauan Gunung Berapi Semeru, Yadi Yuliandi memaklumkan,  letusan dikesan lebih 120 saat.

Amaran waspada masih dikekalkan kepada penduduk di kawasan sekitarnya.

Penduduk juga dilarang melakukan sebarang aktiviti dalam jarak tertentu kerana bimbang berlakunya awan panas dan aliran lahar – ANTARANEWS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini