ALBAY: Salah sebuah gunung berapi paling aktif di Filipina, Gunung Berapi Mayon mencetuskan 24 kesan gempa bumi, 257 runtuhan batu dan 16 arus ketumpatan piroklastik atau PDC, dalam tempoh 24 jam.
Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina atau PHIVOLCS, tahap amaran gunung berkenaan kekal pada tahap tiga meskipun terdapat tanda gelegak magmatik lebih kuat direkodkan oleh agensi terbabit.
Amaran tahap tiga menunjukkan aktiviti sesebuah gunung berapi itu yang berpotensi meletus dalam tempoh terdekat.
setakat ini, tiada aktiviti manusia dibenarkan di sepanjang enam kilometer zon bahaya kekal Gunung Berapi Mayon.
Kerajaan wilayah Albay juga dalam pada itu turut mengarahkan penduduk berpindah dalam lingkungan tujuh kilometer dari Mayon sebagai langkah berjaga-jaga.