Tumpuan :
Dunia

Gunung Berapi Kilauea di Hawaii muntahkan lahar

Foto: Reuters

 

HAWAII: Gunung Berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lahar pada Rabu dalam fasa letusan keempatnya sejak kembali aktif pada penghujung Disember lalu.

Menurut Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), letusan di Taman Negara Gunung Berapi Hawaii, yang mempunyai dua gunung berapi aktif iaitu Kilauea dan Mauna Loa, bermula sekitar pukul 9:15 pagi waktu tempatan.

Aktiviti lava dilihat di kawah puncak Kilauea sejak gunung berapi tersebut kembali aktif pada 23 Disember.

Pusat Observatori Gunung Berapi Hawaii menyatakan bahawa terdapat kemungkinan hamburan lahar akan meningkat apabila gas mencapai permukaan kaldera.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini