comscore
Tumpuan :
Dunia

Gunung Berapi Ibu meletus

Pos Pengamatan Gunung Api Ibu. – FOTO: ANTARA/HO

INDONESIA: Gunung Berapi Ibu di Maluku Utara meletus lagi dengan mengeluarkan debu dan asap tebal setinggi 700 meter.

Media Antaranews yang memetik kakitangan Pos Pemantauan Gunung Berapi melaporkan, letusan dirakam pada jam 10.35 pagi dengan durasi 1.30 minit.

Ibu kini berada pada amaran tahap tiga dengan pihak berkuasa mengeluarkan saranan kepada penduduk agar mengelak sebarang aktiviti dalam lingkungan 4 kilometer radius.

Sekiranya tercetus hujan abu, penduduk diminta mencari perlindungan dan memakai pelitup muka. – ANTARANEWS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini