ICELAND: Gunung Berapi di Reykjanes, Iceland meletus dengan mengeluarkan lahar dan asap tebal ke udara.
Menurut Jabatan Meteorologi Iceland, tanda letusan dikesan kira-kira 45 minit sebelum ia berlaku.
Ia disusuli dengan rekahan sepanjang tiga kilometer di gunung terbabit.
Letusan ini adalah kali ke-10 dalam tempoh tiga tahun.
Ia bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang gangguan kepada infrastruktur berdekatan atau menjejaskan laluan penerbangan di kawasan ini. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.