Tumpuan :
Dunia

Gudang simpan bom tangan batu purba ditemukan di Tembok Besar China

Foto: Reuters

BEIJING: Ahli arkeologi China menemukan 59 bom tangan zaman purba daripada runtuhan bangunan di bahagian barat Tembok Besar Badaling, Tapak Warisan Dunia UNESCO di Beijing, lapor Xinhua.

Ahli arkeologi percaya bangunan itu merupakan gudang menyimpan senjata untuk Tembok Besar.

“Ia adalah gudang senjata pertama seumpamanya ditemukan di sepanjang Tembok Besar,” kata penyelidik dari Institut Arkeologi perbandaran itu,Shang Heng.

Sebelum ini, ahli arkeologi menemukan lebih 400 bom tangan serupa yang dipercayai digunakan semasa Dinasti Ming (1368-1644).

Sejak 2000 hingga 2022, lebih daripada 110 projek perlindungan termasuk pembaikan, penyelidikan dan pengubahsuaian dilakukan di Tembok Besar sepanjang 21,000 kilometer itu. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini