comscore
Tumpuan :
Dunia

Google didenda $2.7 bilion langgar peraturan persaingan EU

CALIFORNIA: Alphabet dan Google didenda 2.42 bilion euro ($2.7 bilion) susulan dakwaan pengawal selia anti monopoli Kesatuan Eropah (EU) tujuh tahun lalu.

Ia salah satu daripada tiga denda besar yang dikenakan kepada syarikat itu kerana pelbagai amalan anti-persaingan.

Suruhanjaya Eropah mendenda enjin carian internet paling popular di dunia pada 2017 kerana menggunakan perkhidmatan beli-belah perbandingan harganya sendiri untuk mendapatkan kelebihan tidak adil berbanding pesaing Eropah yang lebih kecil.

Mahkamah mengesahkan keputusan penguat kuasa persaingan EU pada 2021, mendorong Google merayu kepada Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (CJEU) yang berpangkalan di Luxembourg.

Hakim CJEU menyatakan undang-undang EU tidak membenarkan kewujudan kedudukan dominan, sebaliknya penyalahgunaan eksploitasi kedudukan tersebut.

Google telah dikenakan denda sebanyak 8.25 bilion euro dalam kes anti monopoli EU dalam dekad lalu.

Ia telah mencabar dua keputusan yang melibatkan sistem pengendalian mudah alih Android dan perkhidmatan pengiklanan AdSense dan kini sedang menunggu keputusan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini