Tumpuan :
Dunia

“Gerakan 50501” bantahan pentadbiran Trump

Foto Reuters

AMERIKA SYARIKAT: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Bandaraya Los Angeles pada hari Rabu (5 Februari) untuk membantah dasar-dasar Presiden A.S., Donald Trump.

Penunjuk perasaan, yang melaungkan slogan menentang Fasisme ketika berkumpul di tangga Dewan Bandaraya sebelum berarak mengelilingi bangunan di pusat bandar Los Angeles.

Ada yang membawa sepanduk dengan slogan seperti “tolak fasisme” dan “Elon, keluar dari hidupku.”

Tunjuk perasaan di Los Angeles ini antara demonstrasi yang di seluruh negara bagi membantah tindakan Trump dalam dua minggu pertama pentadbirannya.

Ia dinamakan sebagai Gerakan 50501 yang di adakan di 50 negeri dalam sehari pada 5 Februari. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini