Tumpuan :
Dunia

Gencatan senjata bukan bermakna pelaku tidak dihukum – HRW

Rakyat gaza menangisi pemergian ahli keluarga yang terbunuh dalam serangan udara Israel, di Hospital Nasser di Khan Younis, selatan Gaza, ketika konflik Israel-Hamas. – FOTO: Reuters

WASHINGTON: Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) menggesa agar pelaku jenayah kejam yang dilakukan sejak 7 Oktober 2023 di Israel dan Gaza dihukum.

Ketua HRW, Tirana Hassan menegaskan, walaupun perjanjian gencatan senjata dicapai, pelaku jenayah tersebut perlu dibawa ke muka pengadilan.

HRW mengecam Israel atas pelanggaran kemanusiaan dan kemungkinan pembunuhan beramai-ramai sepanjang konflik Gaza.

Walaupun gencatan senjata memberikan sedikit kelegaan kepada jutaan orang yang hilang tempat tinggal di Gaza, ia bukan penyelesaian muktamad.

HRW juga menekankan keperluan akses kemanusiaan dan membenarkan bahan untuk membina semula infrastruktur penting di Gaza.

Qatar dan Amerika Syarikat mengumumkan perjanjian gencatan senjata pada hari Rabu, namun Israel terus melakukan serangan udara, mendakwa Hamas melanggar sebahagian perjanjian.

PBB menganggarkan 1.9 juta orang di Gaza telah kehilangan tempat tinggal dan 345,000 orang berhadapan dengan ketidakamanan makanan.

Kementerian Kesihatan Hamas melaporkan 46,788 orang terbunuh, kebanyakannya orang awam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini