comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] GEMPA TURKIYE-SYRIA: Wanita diselamatkan selepas 203 jam

FOTO: REUTERS

HATAY: Ibarat keajaiban, meskipun dijumpai pasukan penyelamat sembilan hari kemudian.

Seorang wanita berjaya diselamatkan dari bawah runtuhan selepas terperangkap selama 203 jam di selatan Turkiye .

Wanita itu dilaporkan berada di bawah sebuah bangunan yang runtuh sejak gempa dahsyat menggegar Turkiye dan Syria Isnin lalu.

Turut diselamatkan bersama-sama dengannya, sembilan lagi mangsa lain yang masih bernyawa.

Usaha bantuan kini beralih kepada membantu mangsa yang terjejas untuk mempunyai tempat berteduh sementara selain menerima bekalan makanan yang mencukupi tatkala musim sejuk melampau ketika ini.

Angka maut di Turkiye dan Syria kini telah mencecah 41,000 mangsa dengan menyaksikan beberapa bandar hancur sama sekali selain ramai kehilangan tempat tinggal.

Loading...
Terkini