comscore
Tumpuan :
Dunia

GEMPA TURKIYE-SYRIA: Konvoi bantuan masuk ke Syria

Foto: AFP

 

SYRIA: Konvoi bantuan kini telah memasuki pintu sempadan Syria yang baru sahaja dibuka sejak gempa dahsyat menggegar minggu lalu.

Dilaporkan 11 trak membawa barangan keperluan asas masuk menerusi Bab al-Salam.

Ini merupakan kali pertama konvoi PBB menggunakan laluan berkenaan bagi menyalurkan bantuan sejak ia ditutup pada tahun 2020.

Konvoi kemanusiaan ini mendapat kelulusan sehari selepas Presiden Syria Bashar al-Assad bersetuju untuk membenarkan PBB memasuki Syria melalui dua lagi pintu sempadan.

Kelewatan membuka pintu sempadan sebelum ini telah menghalang bantuan dan merencatkan usaha mencari dan menyelamat mangsa.

Harapan untuk menjumpai mangsa yang masih selamat semakin pudar ekoran masa telah melebihi 200 jam.

Fokus semua pihak kini lebih tertumpu kepada menyediakan bantuan bekalan makanan dan tempat perlindungan sementara.

Angka maut kini telah mencecah lebih 41,000 orang, dengan lebih 5,800 dilaporkan maut di negara ini.

Loading...
Terkini