comscore
Tumpuan :
Dunia

GEMPA TURKIYE-SYRIA: Banyak keluarga berpindah 

FOTO: REUTERS

HATAY: Buat kali kedua dalam tempoh dua minggu, banyak keluarga di Hatay terpaksa berpindah keluar dari situ demi keselamatan mereka.

Selain kehilangan puluhan ribu nyawa, gempa dahsyat yang tercetus telah mengakibatkan ratusan ribu lagi kehilangan tempat tinggal.

Menurut salah seorang penduduk, dia sempat melarikan diri sewaktu gempa berlaku dan bersyukur kediamannya tidak runtuh dan masih teguh berdiri.

Berkongsi kepada Reuters, dia turut ke kediaman ibu bapanya namun rumah mereka tidak begitu stabil dan mulai retak.

Situasi itu memaksa mereka untuk tinggal di dalam khemah sebagai langkah keselamatan.

Ada juga penduduk bergerak ke daerah lain untuk tinggal di rumah saudara-mara.

Loading...
Terkini