comscore
Tumpuan :
Dunia

GEMPA TURKIYE-SYRIA: 7,200 gegaran susulan direkodkan

FOTO: REUTERS

TURKIYE: Agensi pengurusan bencana Turkiye (AFAD) telah merekodkan lebih 7,200 gegaran susulan sepanjang dua minggu sejak 6 Februari lalu.

Pihak berkuasa dalam pada itu turut menerima banyak aduan berkaitan gempa 5 magnitud di beberapa lokasi di 11 wilayah yang terjejas sebelum ini termasuk Syria dan Lubnan.

Gempa terbaru 6.4 dan 5.8 magnitud yang menggegar Hatay dua hari lalu telah meletakkan negara ini dalam situasi yang sangat mencabar.

Rentetan gempa itu, enam lagi kematian dengan 562 kecederaan direkodkan.

Manakala di Syria pula, dua kematian dan beberapa kecederaan dilaporkan.

Angka terkini gempa Turkiye adalah 42,310 orang dan Syria pula masih 5,814, menjumlahkan 48,124 angka maut keseluruhan.

Loading...
Terkini