comscore
Tumpuan :
Dunia

GEMPA TURKIYE: Itali balas jasa Turkiye

Foto: TRT World

ITALI: Pihak kedutaan Itali berkongsi sepotong petikan dari penulis tersohor Rumi di akaun Twitter mereka beserta gambar bantuan barangan keperluan bersama anggota penyelamat dari Itali ke lokasi gempa Turkiye.

Tulisan “pasti ada harapan selepas putus asa dan matahari pasti lebih terang selepas kegelapan”, merupakan petikan yang pernah ditulis Turkiye sebelum ini, pada kotak bantuan Covid-19 yang dihantar buat Itali pada tahun 2020.

Malah bukan itu sahaja, banyak negara dari Asia ke Eropah turut menghantar bantuan buat Turkiye, antaranya Malaysia, United Kingdom, Mexico, Azerbaijan, Jerman, Motenegro, Albania, Amerika Syarikat, Iraq, Greece, Bahrain dan China.

Malangnya, hal yang sama tidak dapat dilakukan masyarakat dunia buat Syria ekoran sekatan dan kekangan politik perang saudara di negara itu.

Loading...
Terkini