Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Gempa serta amaran Tsunami, lebih 2,000 berpindah.

SUMATERA BARAT: Rentetan gempa dan amaran Tsunami dikeluarkan lebih 2,000 penduduk melarikan diri dari kawasan pantai.

Kesemua mereka bergerak menuju ke kawasan lebih tinggi di daerah Siberut Barat dan Siberut Utara di Kepulauan Mentawai.

Gegaran kuat berukuran 7.3 skala richter melanda wilayah barat Sumatera Barat di Indonesia.

Menurut agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia, gegaran pada jam 3 pagi, waktu Jakarta itu berpusat pada 177 kilometer barat laut daerah Kepulauan Mentawai dengan kedalaman 84 kilometer dasar laut.

Setakat ini tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa.

Penilaian risiko masih dilakukan.

Loading...
Terkini