ISHIKAWA: Kerajaan Jepun pimpinan Perdana Menteri Fumio Kishida meluluskan perbelanjaan dari bajet fiskal simpanan negara berjumlah 4.74 bilion Yen atau lebih RM153 juta bagi membantu memulihkan kawasan terjejas teruk akibat gempa bumi di Noto pada 1 Januari lalu.Jumlah mangsa terkorban kini meningkat kepada 180 orang dengan 120 lagi masih hilang.
Menurut media NHK, puluhan ribu penduduk masih bergelut dengan kesan bencana itu.
Bermula hari ini polis Jepun juga merancang untuk melakukan operasi pencarian yang lebih intensif.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Ishikawa memaklumkan, lebih 3,000 penduduk di Noto masih terputus hubungan.
Sukarelawan di pusat penempatan sementara di Wajima berkata, penghuni pusat itu berdepan masalah kekurangan bekalan air minuman bersih.
Gempa bumi 7.5 magnitud pada 1 Januari lalu juga membawa impak ke atas industri perikanan terutamanya di Suzu dengan lebih 120 bot nelayan tenggelam susulan bencana itu.
Pada masa sama, Agensi Kaji Cuaca memberi amaran agar penduduk sentiasa waspada dengan gempa susulan dalam tempoh sebulan akan datang. – NHK / REUTERS
| ARTIKEL BERKAITAN
- Mangsa terselamat gempa Jepun kini hadapi ancaman tanah runtuh
- Gempa Jepun: Angka kematian meningkat 62 orang setakat pagi Rabu waktu tempatan
- Jumlah korban gempa Jepun meningkat kepada 55 orang
- Gempa Jepun: Angka kematian meningkat kepada 48 mangsa setakat ini
- Hampir 600 gempa susulan di Jepun sejak 1 Januari
- Operasi menyelamat digandakan menjelang 72 jam pasca gempa
- Gempa Jepun: Pihak berkuasa masih kesan 51 orang dilaporkan hilang