SAMANDAG: Pasukan penyelamat dalam pada itu bertindak memeriksa kerosakan pada bangunan di daerah Samandag akibat gempa yang melanda awal pagi tadi.
Ekoran gegaran itu, lebih banyak struktur bangunan dilaporkan runtuh dan mengalami kerosakan teruk.
Lebih teruk, ramai daripada mangsa kini terpaksa mendapat perlindungan di kem atau terdedah kepada suhu sejuk kerana kekurangan khemah .
Mangsa turut bergelut untuk mendapatkan makanan atau air bersih.
Bagaimanapun, dipercayai ramai penduduk telah keluar dari bandar itu sejak gempa dahsyat melanda 2 minggu lalu.